Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menubuhkan satu jawatankuasa siasatan dalaman bagi menjalankan siasatan terperinci isu pembatalan penyertaan dan kemenangan jaguh lontar peluru, Muhammad Ziyad Zolkefli di temasya Paralimpik Tokyo, baru-baru ini.

Jawatankuasa itu dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Borhan Dolah.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, mesyuarat telah diadakan pada 5 dan 22 Oktober dan hasil laporan telah diserahkan jawatankuasa pada 28 Oktober lalu.

Datuk Seri Ti Lian Ker menjawab pertanyaan Bukit Mertajam berhubung isu ‘DID NOT START’ membabitkan Ziyad Zolkefli.

KBS meminta semua termasuk Majlis Paralimpik Malaysia dan Majlis Sukan Negara lebih berhati-hati bagi memastikan segala peraturan pertandingan sentiasa diberikan keutamaan dan ketepatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini