Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan melaksanakan inisiatif baharu untuk sukarelawan mulai tahun hadapan.

Inisiatif yang dinamakan Sukarelawan Belia Nasional (BENA) itu bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta kebolehan dalam kalangan alumni atau bekas peserta program KBS.

Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, peserta BENA akan dibimbing dan dilatih secara upskiling serta reskiling bagi membantu usaha KBS dalam usaha memperkasa komuniti di peringkat akar umbi.

 
 
Tambahnya, selaku Duta Sukarelawan, peserta akan menggerakkan kerja kesukarelawanan pasca bencana serta pengurusan acara dan sukan di peringkat komuniti setempat.

Menerusi BENA satu Pusat Panggilan Sukarelawan akan diwujudkan sebagai pusat sehenti untuk mendapatkan khidmat sukarelawan secara sistematik.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini