Kementerian Belia dan Sukan, KBS mewujudkan saluran ‘mySukan TV’ untuk menyokong landskap sukan akar umbi di Malaysia termasuk melalui aktiviti promosi dan siaran langsung.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, saluran baru itu akan memberi tumpuan mempromosi siaran langsung kejohanan sukan kurang popular termasuk bola jaring, boling padang serta papan selaju. 

Penubuhan ‘mySukan TV’ dilihat berupaya menarik minat pelabur dan tajaan syarikat-syarikat swasta dalam kejohanan sukan tempatan.

‘mySukan TV’ yang bakal dikendalikan konglomerat sosial KBS, ‘Impact Integrated’ turut merangkumi program perkongsian maklumat, panduan sukan harian serta bual bicara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini