Kementerian Belia dan Sukan sedang membangunkan Pelan Induk Industri Sukan Malaysia, dalam usaha menjadikan negara ini sebuah hab sukan tumpuan dunia.

Timbalan Menterinya – Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, pelan tersebut menekankan aspek pengkomersialan dan keusahawanan. Strategi utamanya tertumpu kepada usaha menggalakkan perniagaan sukan dan meningkatkan pengkomersialan sukan.

Kementerian juga dalam fasa akhir Pembangunan Kanvas Visi Sukan Negara 2030, yang menggariskan hala tuju baharu memacu pembangunan sukan negara bagi tempoh 10 tahun akan datang. Ia menggariskan enam teras utama; salah satunya merupakan teras hab sukan, yang meliputi aspek peningkatan capaian dan struktur tadbir urus.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini