Liga Sukan Malaysia (MSL) yang dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada Mac lalu mendapat sambutan cukup menggalakan sehingga hari ini.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu percaya potensi MSL dalam merancakkan sukan dikalangan masyarakat perlu diteruskan setiap tahun.

Program pembangunan sukan ini dilaksanakan di seluruh negara merangkumi kawasan luar bandar, pedalaman, peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

Antara sukan dipertandingkan adalah badminton, sepak takraw, bola jaring, bola keranjang dan futsal.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini