Kementerian Belia dan Sukan akan menyiasat isu gangguan seksual yang telah disuarakan ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, beliau akan mendengar penjelasan daripada semua pihak sebelum tindakan diambil terhadap individu yang didakwa melakukan gangguan seksual berkenaan.

Beliau juga memberi jaminan pihak kementerian akan mempertahankan sebarang perkara negatif yang boleh berlaku terhadap atlet negara. Datuk Seri Ahmad Faizal berkata demikian ketika menjawab pertanyaan ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo pada Sidang Dewan Rakyat.

Sebelum ini, Datuk Pandelela mendedahkan pengalamannya dibuli oleh seorang jurulatih, gara-gara tegurannya terhadap individu berkenaan yang sering bergurau dengan perkara yang berbaur lucah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini