Kementerian Belia dan Sukan, KBS sedang meneliti bentuk ganjaran yang sewajarnya buat jaguh lontar peluru negara, Muhammad Ziyad Zolkefli yang beraksi cemerlang pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Meskipun tidak dapat membawa pulang pingat emas gara-gara kesilapan teknikal, usaha Ziyad tetap akan menerima penghargaan.

Menteri KBS, Datuk Seri Ahmad Faizal berkata, ketika ini, ganjaran hanya diberikan atlet-atlet yang berjaya meraih pingat pada temasya sukan tersebut.
 
Bagaimanapun, insiden yang berlaku terhadap Ziyad adalah sesuatu yang diluar jangka apabila pingat emas acara lontar peluru F20 yang dimenanginya tidak diiktiraf, selain rekod dunia yang dicatat iaitu 17.94 meter.

Namun jelasnya, kejayaan Ziyad memecah rekod dunia dalam acara tersebut telah mengharumkan nama negara di pentas dunia.

Mengulas mengenai jawatankuasa khas yang dibentuk bagi mengkaji insiden berkenaan, katanya ia bukan bersifat untuk menghukum mana-mana pihak.
 
Sebaliknya ia bertujuan untuk melakukan penambahbaikan bagi memastikan insiden sama tidak berulang di masa hadapan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini