Kementerian Wilayah Persekutuan bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meneruskan program Insiatif Usahawan Muda Kota.Usaha itu bagi membantu golongan belia merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

Sehingga kini, seramai 1,122 usahawan muda diberikan tapak kiosk perniagaan di 169 lokasi strategik sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya. Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Parang Abai menyatakan, insiatif tersebut berupaya merancakkan pertumbuhan sektor ekonomi semasa.

Beliau ditemui ketika melancarkan majlis Sambutan Hari Belia Negara dan Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Kuala Lumpur.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini