Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meletakkan keyakinan sepenuhnya kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) susulan pengumuman sasaran 7 pingat emas buat Kontinjen negara di temasya Komanwel Birmingham 2022.

Jelas Datuk Seri Ahmad Faizal, sasaran berkenaan dibuat setelah melalui siri perbincangan antara MOM, Majlis Sukan Negara-MSN, Persatuan Sukan Kebangsaan, NSA serta melihat prestasi atlet negara lain. Untuk edisi kali ini, kontinjen negara akan menghantar seramai 102 atlet, jumlah penyertaan paling kecil dalam tempoh 10 tahun lalu.

Sasaran 7 pingat emas pada temasya yang berlangsung pada 28 Julai hingga 8 Ogos itu dijangka dicapai menerusi enam sukan iaitu badminton,gimrama, boling padang, angkat berat, skuasy dan powerlifting.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini