Naib juara Liga Super musim lalu, Kedah Darul Aman, KDA FC memperkenalkan jersi baharu pasukan mereka bagi mengharungi saingan musim 2022. 

Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Khamal Idris Ali berkata, pemilihan warna dan material kain jersi kali ini lebih istimewa dengan teknologi terkini oleh penaja, iaitu Lotto.

Kit jersi tuan rumah KDA FC tampil dengan warna serba kuning, manakala kit bagi gelanggang lawan direka dengan gabungan warna merah tua dan hijau.

Kit jersi penjaga gol pula tampil dengan warna jingga, kelabu dan biru.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini