Bagi membentuk dan melahirkan bakat-bakat muda yang mampu membawa kegemilangan kepada arena bola sepak tanah air, KDA FC memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama syarikat pertahanan tempatan, Rimbun Emas Defence System Sdn. Bhd atau REDS Defence.

Melalui kerjasama tersebut, kelab berkenaan akan membantu REDS Defence berkaitan hal urus tadbir dan tata kelola akademi bola sepak remaja swasta Hijau Kuning Football Club (HKFC) yang dimiliki syarikat tersebut. 

Majlis menandatangani MoU tersebut diadakan di pejabat KDA FC di Wisma PKNK, Alor Setar.
 
KDA FC diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khamal Idris Ali Manakala HKFC diwakili Presidennya, Muhammad Talhah Zainol.

Jelas Khamal, langkah itu diyakini mampu menyemarakkan lagi semangat pemain muda untuk lebih berjaya dalam sukan bola sepak.

Ia berikutan struktur pemasaran lebih luas yang memudahkan pemain berbakat diserap dalam mana-mana pasukan bola sepak profesional khususnya KDA FC pada masa akan datang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini