Kementerian Dalam Negeri, merancang untuk membeli aset-aset baharu seperti helikopter dan bot, bagi menghadapi kemungkinan banjir pada masa akan datang.
 
Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata,  cadangan tersebut berikutan aset sedia ada tidak mencukupi selain ketinggalan daripada segi teknologi. 

Menurutnya, Bencana banjir kali ini katanya, memberi peluang kepada kementeriannya menilai semula keperluan untuk membeli aset baharu.
 
Datuk Seri Hamzah ditemui di PULAPOL Segamat, Johor  sempena lawatannnya ke Muar dan Segamat hari ini.
 
Beliau turut mengumumkan peruntukan RM250,000 bagi baik pulih kerosakan di Galeri Darurat Bukit Kepong, Muar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini