Kementerian Dalam Negeri juga bersedia memikul tanggungjawab melaksanakan Operasi Benteng (Op Benteng) dan akan berusaha memastikan operasi itu sentiasa kehadapan.

Menteri Keselamatan Dalam Negeri,Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata,Ini berikutan pelaksanaannya dibawah seliaan Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF) akan tamat Jun ini.

Datuk Seri Hamzah memaklumkan Jabatan Imigresen telah meluluskan sebanyak 129,428, daripada lebih 200,000 permohonan diterima, melalui Program Rekalibrasi Tenaga Kerja.

Ia bagi membolehkan pendatang asing tanpa izin terlibat terus bekerja di negara ini dengan permit yang sah, bagi semua sektor yang dibenarkan antaranya sektor pembuatan, perladangan dan pembinaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini