Jadikan pematuhan SOP sebagai amalan wajib. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, semua pihak harus memain peranan masing-masing, lebih-lebih lagi semakin banyak kelonggaran diberikan kepada rakyat.

Malah jelasnya, kerajaan terutama agensi penguatkuasaan di bawah kementeriannya tidak harus dipertanggungjawabkan sepenuhnya ke atas pematuhan SOP oleh komuniti. Jelasnya Penguatkuasaan tetap akan diteruskan dengan ketat walaupun individu telah menerima suntikan lengkap dua dos vaksinasi.

Majikan juga perlu bertanggungjawab memastikan pekerja mereka mematuhi SOP ditetapkan. Sementara itu mengulas pemberian vaksinasi dalam kalangan anggota agensi di bawah KDN, katanya tiada masalah dalam kalangan kesemua petugas terutama melibatkan petugas barisan hadapan untuk menerima suntikan seperti PDRM.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini