Keadaan banjir di Kedah tidak banyak menunjukkan perubahan.

Sama seperti tengah hari tadi, jumlah penduduk terjejas berkenaan kekal 241 orang.

Menurut Portal Bencana Nadma, setakat jam 4 petang tadi, 139 penduduk di Pendang masih terkesan banjir.

35 keluarga berkenaan menjadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Rakan Sukan Tanah Merah sebagai tempat berteduh.

Di Baling, 102 penduduk daripada 29 keluarga ditempatkan di empat PPS.

PPS yang beroperasi di daerah itu adalah Dewan Orang Ramai Banggol Derom, Sekolah Kebangsaan Siong, Sekolah Kebangsaan Tanjung Pari dan Sekolah Kebangsaan Titi Gantung.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini