Keadaan banjir di Melaka dan Perlis semakin pulih apabila jumlah yang terjejas serta jumlah PPS semakin berkurangan. Dua daripada PPS di Alor Gajah dijangka akan ditutup sepenuhnya pada pukul 2 petang ini.

Ini menjadikan hanya satu PPS yang masih dibuka iaitu PPS Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal yang menempatkan 24 penduduk terjejas banjir.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka,setakat pukul 12 tengahari tadi, semua penduduk terjejas banjir di kedua-dua PPS terbabit iaitu PPS SJKC Sin Wah dan PPS Dewan Japerun Durian Tunggal dalam proses pendaftaran keluar.

Banjir di Melaka juga dijangka akan terus pulih memandangkan keadaan cuaca yang baik di negeri itu. Antara kawasan terjejas ialah Kampung Padang Keladi, Bukit Balai Durian Tunggal, Kampung Bukit Tambun, Pekan Durian Tunggal, Taman Murai Jaya dan Kampung Padang Kerbau.

Manakala di Perlis, hanya satu PPS masih dibuka di Arau bagi menempatkan penduduk yang terjejas akibat banjir di kawasan berkenaan sejak Selasa. 12 keluarga melibatkan 42 individu ditempatkan di PPS SK Arau setakat 8 pagi tadi.

Semalam dua PPS dibuka, namun hari ini satu sudah ditutup iaitu di Masjid Kampung Banggol Sena dan penduduk sudah pulang ke rumah masing-masing kerana air telah surut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini