Pusat Pemindahan Sementara (PPS) daerah Pendang, Kedah komited mengutamakan kebajikan dan keselesaan penduduk terjejas banjir yang berlindung di pusat itu.

Matlamatnya agar mental dan emosi penduduk terus stabil kerana sebahagian daripada mereka sudah berada di PPS dalam tempoh yang agak lama.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Pendang, Norashikin Idris berkata, PPS di Dewan Rakan Sukan Tanah Merah mula beroperasi 24 Oktober lalu dan masih belum ditutup.
 
Manakala PPS Dewan Cenderawasih dibuka awal November lalu berikutan PPS Dewan Rakan Sukan Tanah Merah tidak mampu menampung jumlah penduduk terjejas yang semakin bertambah.
 
Untuk itu, pelbagai aktiviti sampingan diadakan di PPS.

Sementara itu, penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di dua PPS tersebut gembira dengan layanan dan kemudahan yang disediakan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini