Kebakaran hutan seluas 1,500 ekar berhampiran Big Sur, California menyebabkan sebahagian lebuh raya utama, ditutup.
Penutupan itu melibatkan Lebuhraya Negeri 1 sepanjang 32 kilometer.
Ia terletak berhampiran bandar pantai Carmel by the Sea ke Taman Negeri Andrew Molera.
Menurut jurucakap Palang Merah, kira-kira 400 orang di daerah Monterey juga dipindahkan.
Utama Rentas Benua