Kerajaan Indonesia menggerakkan lebih 5 ribu anggota bomba bagi memadam kebakaran di 6 wilayah yang berdepan bencana kebakaran hutan.Setakat ini, 33 helikopter digunakan bagi operasi berkenaan selain menghantar dua pesawat bagi melaksanakan pembenihan awan untuk mengurangkan risiko api merebak. Jakarta mengumumkan darurat di enam wilayahnya kerana kebakaran hutan terdiri daripada Jambi, Riau, Sumatra Selatan, Kalimantan Barat, Selatan dan Tengah. Pada Selasa, satelit mengesan 433 tompok panas di seluruh Indonesia dengan Riau mempunyai jumlah terbanyak iaitu 132. Kebakaran hutan tersebut menyebabkan negara jiran diselubungi jerebu dan situasi berkenaan sangat membimbangkan berikutan musim kemarau akan memuncak sehingga September. Agensi pengurusan bencana berkata, situasi di Riau semakin terkawal apabila pasukan terdiri bomba, polis dan tentera dikerah ke lokasi kebakaran untuk mengelak jerebu merebak ke negara jiran.Bagi tahun ini, pihak berkuasa telah menahan 16 orang disyaki mencetuskan kebakaran.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini