Salji setebal 6 inci tebal dan suhu sejuk semalaman menambah lagi kesukaran penduduk di Colorado, Amerika Syarikat menyelamatkan sisa tinggalan kediaman mereka yang terbakar akibat kebakaran hutan.

Lebih 500 kediaman musnah dan kini pemiliknya berdepan tugas sukar membina semula kediaman mereka.

Dianggarkan 33,000 penduduk di Superior dan Louisville sudah diarah berpindah.

Selain rumah, hotel dan pusat beli belah turut terkesan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini