Dua beranak rentung dalam kebakaran melibatkan lima rumah di Kampung Titingan Blok 3, Tawau, Sabah, tengah malam tadi.

Mangsa, Sadiah Jabar, 80 tahun, bersama anaknya, Kamisah Mapiasah, 49 tahun, meninggal dunia selepas dipercayai terperangkap di tingkat bawah rumah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Julius Stephen Jr berkata tiga rumah papan musnah sepenuhnya. Dua kediaman lagi masing-masing terbakar 40 dan 60 peratus. Punca kebakaran dan anggaran nilai kerugian masih disiasat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini