Sebuah keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah yang didiami musnah dalam kebakaran, lewat malam tadi. Insiden berlaku di Lorong Kilang Kopi Lama di Alor Setar, Kedah. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Penyelamat dan Kebombaan, JBPM Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, struktur rumah yang diperbuat daripada kayu menyebabkan api marak dengan cepat. Insiden turut memusnahkan hampir keseluruhan rumah dan sebuah motosikal yang diletakkan di kawasan rumah. Difahamkan, ketika kebakaran berlaku, rumah berkenaan tidak berpenghuni. Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini