Johor kini meriah dengan kehadiran jentera-jentera parti bertanding yang membantu kempen.
Namun, SOP tetap menjadi keutamaan.
Hari ini tidak terkecuali, SOP Solat Jumaat yang digariskan, turut dipatuhi.
Di Surau Seri Gelam Perdana, Gambir, calon BN, Sahrizan Jani turut menunaikan solat jumaat bersama masyarakat.
Namun, bilangan jentera BN yang hadir diminimumkan kepada lapan orang sahaja.
Ia bagi mengurangkan kesesakan dalam surau, selain membuka peluang kepada lebih ramai jemaah tempatan untuk menunaikan Solat Jumaat.