Individu yang lengkap divaksin bagi semua peringkat umur dibenarkan masuk ke stadium berkuat kuasa 8 november ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam satu kenyataan memaklumkan, kebenaran sama turut terpakai bagi semua fasiliti sukan.

Bagaimanapun, bagi Kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun yang belum atau tidak lengkap vaksinasi masih tidak dibenarkan memasuki stadium dan semua fasiliti sukan.

Selain itu, aktiviti makan dan minum di dalam stadium masih belum dibenarkan.

Dalam pada itu, orang ramai dinasihat memanfaatkan sepenuhnya kelonggaran yang diberi dengan penuh berdisiplin dan bertanggungjawab.

Penghujung September lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kelonggaran kehadiran penonton ke stadium selepas tiada lagi negeri berada di dalam fasa 1 Pelan Pemulihan Negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini