Lembaga Tabung Haji (TH) merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Arab Saudi terutama penjaga dua kota suci, Raja Salman Abdulaziz Al Saud dan Putera Mahkota Mohamad Salman atas keputusan kerajaan Arab Saudi membuka ibadah haji tahun ini kepada jemaah luar.

Penghargaan turut diberi kepada semua kementerian dan agensi di Arab Saudi yang sentiasa membantu melancarkan perjalanan Jemaah haji Malaysia ke tanah suci.

Konsul Haji di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Arab Saudi, Mohammad Saimi Mat Som berkata, kerinduan para jemaah terubat selepas dua tahun ibadah itu tertangguh akibat COVID-19.

Dengan ketibaan tersebut, maka operasi haji musim ini bermula.

Sementara itu kumpulan pertama yang melibatkan 295 jemaah negara selesai menziarahi masjid Nabawi dan makam Rasulullah pada sebelah pagi.

Mereka kemudiannya dibawa ke Perkuburan Baqi’, tempat bersemadinya ahli keluarga baginda serta para sahabat Nabi.

Jemaah haji Malaysia berkesempatan menunaikan solat sunat dan beriktikaf di Masjid Nabawi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini