Kebenaran untuk merapatkan saf solat jemaah di masjid dan surau dijangka akan diberikan selepas COVID-19 beransur stabil.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri  (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata ia bergantung kepada hasil perbincangan pihak berkuasa negeri masing-masing.

Beliau mengulas persoalan beberapa pihak terhadap tindakan kerajaan membenarkan pembukaan stadium bagi aktiviti sukan, sedangkan syarat ketat masih dilaksanakan di masjid dan surau. Terdahulu, beliau melawat para pelajar Sekolah Seri Puteri Cyberjaya yang menjalani kuarantin di Institut Latihan Islam Malaysia Bangi, Selangor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini