Menjelang aksi ketiga peringkat kumpulan Piala Malaysia malam esok, kerajaan telah membenarkan kemasukan penyokong bagi menonton perlawanan di stadium. Bagaimanapun, semua penonton diwajibkan mematuhi garis panduan dan SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Malaysian Football League.

Antaranya, hanya penonton yang lengkap dua dos vaksin dibenarkan masuk dengan wajib menunjukkan sijil digital atau kad vaksinasi di pintu masuk.

Penonton bawah umur 18 tahun tidak dibenarkan masuk dan tiada aktiviti makan dan minum sepanjang berada di stadium. Bagi mereka yang berada di bawah status pemantauan serta yang bergejala, mereka juga tidak dibenarkan masuk menyaksikan perlawanan.

Selain itu, tiket perlawanan pula hanya boleh dibeli secara dalam talian atau menerusi pas bermusim. Setiap seorang penonton pula hanya dibenar membeli 2 tikeyt sahaja. Penonton yang dibenarkan masuk pula perlu mengikut SOp yang disediakan iaitu penjarakkan sosial di tempat duduk, wajib memakai pelitup muka dan tidak dibenar ke tandas ketika masa rehat permainan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini