Penangguhan sementara kebenaran perjalanan mengerjakan Umrah diteruskan untuk tempoh sebulan, berkuatkuasa Sabtu ini.

Selain itu, penilaian risiko dalam dan luar negara khususnya di Arab Saudi akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi mempertimbangkan pembukaan semula.

Jelas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, perbincangan sepanjang tempoh penangguhan ibadat itu akan turut membabitkan kerjasama Arab Saudi dan Konsulat Malaysia di negara terbabit sebelum perjalanan umrah kembali dibenarkan.

Tambah beliau lagi, Kementeria Kesihatan (KKM) bersama kementerian dan agensi-agensi berkaitan akan mengemaskini prosuder operasi standard (SOP) Umrah termasuk pengambilan dos penggalak sebagai syarat mengerjakan umrah, pengurusan kes dan kontak rapat dan pemantauan status kesihatan jemaah umrah di Arab Saudi.

Agensi pelancongan juga perlu memastikan pematuhan SOP Umrah oleh jemaah dan petugas dan melaporkan kes positif serta kontak rapat kepada pihak Kementerian Kesihatan di Malaysia. Khairy menjelaskan dalam sidang media khas di Parlimen.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini