Kempen keselamatan jalan raya sempena musim perayaan akan dikaji semula keberkesanannya. Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, pascanilai akan dilakukan selepas kempen keselamatan jalan raya sempena Aidilfitri berakhir. Beliau melihat kempen yang dijalankan seakan tidak diendahkan oleh pengguna jalan raya apabila pengguna masih terus melanggar peraturan jalan raya yang ditetapkan. Setakat ini hampir 200 kematian direkodkan dalam tempoh 11 hari Op Selamat 15 dilancarkan. Bilangan saman juga direkodkan agak tinggi dalam tempoh berkenaan iaitu lebih 241 ribu saman atas pelbagai kesalahan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini