Keberkesanan sistem penjagaan kesihatan negara sedia ada perlu disemak semula.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mustapa Mohamed, ia bagi memastikan rakyat menikmati kehidupan lebih sihat dan kesejahteraan lebih baik sejajar aspirasi Matlamat Pembangunan Mampan, SDG.

Ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2025, penambahbaikan berterusan dalam sistem penjagaan kesihatan juga perlu dilaksanakan seperti digariskan dalam Rancangan Malaysia ke-12.

Bagi mengecilkan jurang kemudahan kesihatan antara bandar dan luar bandar, kerajaan akan membina dan menaik taraf klinik kesihatan di seluruh negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini