Kebersamaan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkaitan teknologi baharu, diperlukan bagi memperkukuh sekuriti makanan negara selain memastikan bekalan makanan terus mencukupi.

Ia secara langsung dapat memberi peluang dan pendedahan kepada golongan belia mengenai teknologi terkini dalam sektor pertanian, selain memaksimakan penggunaan tanah-tanah terbiar milik kerajaan.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, penggunaan teknologi aplikasi dalam penghasilan makanan berasaskan pertanian dan agromakanan seperti Internet pelbagai benda (IoT) dan kecerdasan buatan (AI), kini semakin penting demi kelangsungan bekalan dan untuk manfaat rakyat Malaysia.

Beliau berkata demikian selepas melawat Projek Pasar Tani Kekal (PTK) Kuala Kangsar dan Pusat Pemasaran Agromakanan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Manong.

Projek rintis Pusat Pemasaran Pertanian FAMA Manong ini meliputi pusat jualan barangan segar dan agromakanan.

Kerjasama Kerajaan Negeri, MAFI bersama Kementerian Teknologi dan Informasi turut diterjemahkan ke dalam projek Pusat Rujukan Pemasaran Hasil Pertanian Berteknologi dimajukan di tanah rizab Jabatan Kerja Raya (JKR), berkeluasan 2.5 ekar.

Pusat ini juga mempunyai pelbagai fasiliti di bawah satu bumbung dan mengumpulkan seramai 23 usahawan yang sebelum ini berniaga di tepi jalan dan rumah persendirian.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini