Peralihan negara ke fasa endemik ditangguhkan, berikutan kebimbangan terhadap penularan varian Covid-19 Omicron.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat kuartet menteri-menteri sehingga maklumat lanjut mengenai varian tersebut diperolehi.

Berikutan itu, kawalan sempadan antarabangsa yang lebih ketat akan dikenakan ke atas negara-negara yang telah melaporkan penyebaran varian Omicron.

Kerajaan juga mengambil maklum varian tersebut bukan sahaja sudah menular di selatan benua afrika, malah di beberapa negara lain.

Buat masa ini, SOP semasa dalam negara untuk fasa 3 dan 4 masih kekal seperti biasa.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini