‘Isi masa lapang, eratkan hubungan, pada masa sama jana pendapatan’.

Kediaman yang sesak, dengan tanah yang terhad tidak menghalang warga kota mengusahakan kebun bandar sehingga dapat menikmati hasilnya.

Bermula sebagai simbol muafakat dan diusahakan pada tahun 2014, projek ini bukan sekadar menjimatkan belanja dapur sebaliknya menjana pendapatan sampingan sehingga 400 sebulan.

Menurut Pengerusi Kebun Komuniti, Mohd Aziz Yahya pihaknya menerima peruntukan di bawah Pakej Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bernilai RM50,000 bagi Projek Pertanian Bandar.

Tanaman termasuk cili, kubis, kucai dan pegaga bukan sahaja ‘mengindahkan’ landskap perumahan ini, malah mewujudkan komuniti petani moden atau kebun bandar di tengah kesibukan kehidupan warga ibu kota.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini