Banjir kilat yang berlaku di sekitar Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini berpunca daripada kecuaian beberapa pemaju perumahan yang tidak menyediakan kolam takungan air ketika memajukan kawasan berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata susulan itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta mengambil tindakan sewajarnya kepada pemaju terlibat.

Pemaju perumahan bakal berdepan tindakan saman sekiranya melanggar peraturan dan spesifikasi pembinaan sehingga mengakibatkan banjir kilat di kawasan kejiranan tapak projek.

Beliau pada sidang media di Seremban turut meminta Jabatan Pengairan dan Saliran melakukan pemantauan khususnya di kawasan berhampiran tapak pembinaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini