Kedah mungkin menjadi negeri berikutnya yang hanya membenarkan penerima dos penggalak menjadi jemaah masjid.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor perkara terbabit bakal diperhalusi kerajaan negeri.

Perkara itu bakal dibincangkan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri dalam masa terdekat.
 
Langkah itu dipertimbang bagi memastikan perlindungan kepada para jemaah.

Ketika ini, Selangor menetapkan hanya penerima dos penggalak boleh hadir Solat Jumaat di masjid.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini