Baka durian terbaik Padang Terap dicari bagi mengkomersialkan raja buah itu sekali gus menjadi tarikan pelancong ke Kedah.

Inisiatif dilakukan Pejabat Daerah dan Tanah Padang Terap sebagaimana populariti lokasi itu sebagai salah satu pintu masuk Malaysia-Thailand.

Pegawai Daerah Padang Terap, Datuk Abd Ghani@Zainuddin Zulkifli berkata pihaknya bersama Unit Pelancongan Daerah Padang Terap dan Jabatan Pertanian komited mengenal pasti durian berkualiti.

Ia termasuk cadangan menjenamakan durian sebagai identiti daerah.

Untuk itu, penanam durian dijemput mengetengahkan klon durian masing-masing untuk diangkat sebagai baka tunggal mewakili Padang Terap.

Antara kawasan yang banyak tanaman pokok durian ialah Perik, Pedu dan Naka.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini