Kes baharu Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) di Kedah terus menunjukkan penurunan.

Sebanyak 531 kes baharu direkodkan pada minggu Epidemiologi ke-24 bermula 12 hingga 18 Jun lalu, menurun sebanyak 171 kes atau 24.4 peratus berbanding minggu sebelumnya.

EXCO Kedah, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, semua kes yang dilaporkan menunjukkan gejala ringan dan diberikan rawatan pesakit luar.

Tiada kes yang mengalami komplikasi teruk atau memerlukan rawatan intensif.

Bagaimanapun, satu wabak baharu HFMD telah dilaporkan melibatkan sebuah TASKA yang telah diarah tutup.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini