Kedah berharap Langkawi akan dibuka untuk gelembung pelancongan bermula 16 September, sempena sambutan Hari Malaysia.

Bagaimanapun ia tertakluk kepada penilaian Jabatan Kesihatan Negeri Kedah berkaitan risiko kes semasa Covid 19 di pulau lagenda itu.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata perkara tersebut dicadangkan kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Perancangan rapi dibuat bagi melancarkan operasi gelembung pelancongan itu.

Ia termasuk menyediakan 4 perjalanan feri dari Terminal Jeti Kuala Kedah dan 6 perjalan dari jeti Kuala Perlis setiap hari.

Turut disediakan, 10 penerbangan ke Langkawi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini