Kerajaan Negeri mahu memerangi kartel dalam syarikat berkaitan kerajaan GLC yang memonopoli tender-tender projek Kedah.

Tegas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, isu berkenaan perlu ditangani segera bagi memastikan perkara sama tidak berulang pada masa akan datang.

Jelasnya, kartel didapati wujud dalam syarikat-syarikat GLC.

Mengambil contoh penawaran sesuatu projek, 9 daripada 10 sebut harga yang dikemukakan, adalah milik kartel berkenaan.

Kartel tersebut juga katanya telah mengawal agensi atau mana-mana lubuk yang boleh menjana keuntungan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh ADUN Gurun, Datuk Johari Abdul berkaitan penubuhan GLC.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini