Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menjangkakan, fenomena air pasang besar berlaku bermula hari ini hingga Rabu di beberapa lokasi di Kedah, Perak, Selangor dan Johor.

Di Kedah, kawasan berisiko adalah Kuala Muda, manakala di Perak, membabitkan kawasan Bagan Datok.

Fenomena tersebut turut diramal berlaku di Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor dan Sabak Bernam, Selangor.

Manakala di Johor membabitkan daerah Batu Pahat dan Pontian.

Penduduk di pesisir pantai khususnya di negeri-negeri pantai Barat Semenanjung diingatkan agar lebih berwaspada berdepan fenomena air pasang besar tersebut.

Meski fenomena air pasang besar kali ini berskala lebih kecil berbanding November lalu, namun keadaan akan menjadi lebih buruk sekiranya disertai angin kencang, ombak besar dan hujan lebat yang berlaku serentak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini