Kedah memperkenalkan varieti durian baharu dikenali D216 (J. Sparrow) dan D217 (Jerai) yang ditanam di ladang durian di Kampung Ketapang, Sungai Tok Pawang, Bedong.

Exco Kedah, Datuk Azman Nasrudin, berkata durian klon itu akan menjadi produk baharu kepada penggemar durian di negara ini. Kedua-dua varieti ini dibiakkan melalui cantuman tunas.

Mengulas lanjut, Azman berkata, antara ciri utama durian J Sparrow ialah isi utamanya berwarna keperangan dan kuning muda serta mempunyai aroma sederhana dengan purata kemanisannya ialah 35.3 peratus Brix, selain memiliki rasa pahit sederhana.

Kini terdapat tujuh pokok durian varieti J Sparrow, manakala 10 pokok bagi varieti durian Jerai. Durian J Sparrow bakal dipasarkan dengan harga antara RM35 hingga RM45 sekilogram, manakala durian Jerai antara RM20 hingga RM35 sekilogram.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini