Kedah sambut baik persetujuan kerajaan persekutuan untuk memberi pampasan bernilai RM100 juta setahun untuk mengekalkan hutan simpan di negeri itu.

Menteri besarnya, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, jumlah itu adalah nilai yang munasabah setelah mengambil kira kerugian akibat kehilangan hasil hutan di samping kos penyelenggaraan sumber dan aliran.

Jelasnya lagi, Kedah mempunyai hampir 345,000 hektar keluasan hutan iaitu meliputi 36.4 peratus daripada keseluruhan negeri.

Dalam perkembangan lain, Datuk Seri Muhammad Sanusi memaklumkan, Pelan ‘Langkah Kedah 2035’ bakal menentukan hala tuju negeri itu dalam tempoh 15 tahun.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini