Kedah pada dasarnya bersetuju pintu sempadan Malaysia – Thailand di Bukit Kayu Hitam dibuka.
Bagaimanapun Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata kaedah-kaedah tertentu perlu diguna pakai berikutan situasi semasa yang memperlihatkan penularan COVID-19 semakin meningkat.
Kaedah tersebut termasuklah kemasukan secara gelembung pelancongan dengan beberapa cadangan perlu diperincikan.
Sebagai contoh, mengunakan kenderaan tertentu tanpa menggunakan kenderaan persendirian masuk ke negeri itu.
Thailand sebelum ini merancang untuk mebuka sempadannya dengan Malaysia memandangkan pelancong negara ini adalah kumpulan terbesar mengunjungi negara itu sebelum pandemik.