Kedah akan menghulurkan sumbangan khas sebanyak RM200,000 kepada Kerajaan Selangor bagi membantu rakyat negeri itu yang ditimpa musibah banjir.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kerajaan negeri amat bersimpati dan berdukacita dengan musibah banjir besar yang melanda penduduk di Selangor dan beberapa negeri lain.

Beliau menerusi satu kenyataan memaklumkan, sumbangan itu akan diuruskan segera oleh pejabat Pegawai Kewangan Negeri sambil berharap sumbangan bantuanĀ  dapat membantu rakyat yang terkesan dengan bencana alam tersebut.

Sambil melahirkan perasaan dukacita dengan musibah yang berlaku, beliau berkata, usaha tersebut sebagai tanda kebersamaan rakyat Kedah dengan seluruh penduduk terjejas banjir di Selangor.

Selain sumbangan kerajaan negeri, pihak Khidmat Malaysia Cawangan Kedah juga sedang menggerakkan kutipan sumbangan untuk dibawa bersama aset serta petugas bagi membantu penduduk di Selangor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini