Sebanyak 141 aduan pembakaran terbuka direkodkan di negeri Kedah sehingga Jun tahun ini.

Menurut Pengerusi jawatankuasa Perumahan, Alam Sekitar, Perpaduan dan Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam, Dr. Robert Ling Kui Ee, aktiviti terbabit melibatkan pembakaran terbuka di kawasan kediaman.

Justeru, program kesedaran komuniti akan diperbanyakkan dalam usaha menangani pencemaran udara terutamanya isu jerebu.

Antaranya melalui Program Kesedaran Komuniti Terhadap Pencegahan Pembakaran Terbuka Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Peringkat Negeri Kedah Tahun 2022 bertemakan ‘Save Our Earth’ yang akan berlangsung di Sungai Udang, Yan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini