Perak bercadang menambah bilangan unit kenderaan dan lokasi Kedai Bergerak Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan di negeri itu.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kedai yang menjual barangan keperluan pada harga lebih murah itu merupakan inisiatif kerajaan negeri meringankan beban rakyat.

Beliau berkata demikian pada sidang media program Mesra Bersama Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia dan Veteran UMNO di Laman Seri Ridzuan, Ipoh.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini