Selepas pulang bercuti sempena Aidilfitri, seorang lelaki pemilik kedai emas terkejut apabila mendapati semua barang kemas yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit habis disamun penjenayah. Kejadian berlaku di sebuah kedai emas di Pusat Komersial Shah Alam selepas pemilik kedai mendapati empat peti besi di dalam bilik kebal kosong. Siasatan mendapati penjenayah masuk melalui lubang saluran angin di belakang premis berkenaan. Kejadian dipercayai berlaku pada tengah malam sehingga awal pagi Jumaat lalu. Polis masih menyiasat jumlah penjenayah yang terlibat dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini