Lebih 25,000 kedai koperasi sedia ada di jabatan dan agensi kerajaan akan dimanfaatkan untuk membantu penjawat awam dalam kelompok B40.
Inisiatif bersama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) tersebut menawarkan barang keperluan asas pada harga rendah.
Sekurang-kurangnya 800,000 penjawat awam dikenal pasti tergolong dalam kumpulan B40.