Sebuah kedai tayar musnah 80 peratus dalam kebakaran di Bandar Bukit Puchong, Selangor, semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, kebakaran turut melibatkan empat buah kenderaan yang berada di dalam kedai tersebut.

Bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.35 malam sebelum sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong, BBP Cyberjaya, BBP Subang Jaya dan BBP Petaling Jaya bersama beberapa jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

Kebakaran melibatkan sebuah kedai tayar jenis teres dua tingkat dan empat buah kenderaan jenis Toyota Avanza, Audi Q7, Proton Saga dan sebuah lori.

Api berjaya dipadam kira-kira dua jam kemudian dan tiada mangsa terlibat dalam kejadian tersebut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini