Seorang peniaga terpaksa menanggung kerugian mencecah ratusan ribu ringgit selepas kedai perabot miliknya musnah dalam kebakaran. Insiden pagi tadi itu, berlaku di bangunan Koperasi, Seberang Pekan, Sik, Kedah. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sik, Mohd Faizol Izwan Hang Tuah berkata insiden melibatkan sebuah kedai perabot dua tingkat. Kebakaran menyebabkan kedai tersebut musnah lebih 60 peratus. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini